MAN City diramal muncul juara Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021. FOTO Agensi
MAN City diramal muncul juara Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021. FOTO Agensi
Agensi

MANCHESTER City diramal bakal memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021 manakala Arsenal sekadar di kedudukan ketujuh liga.

City mengharungi kempen musim baharu selaku pasukan pilihan mengatasi Liverpool selepas berjaya menyambar pemain seperti Nathan dan Ferran Torres.

Musim baharu dilihat akan menjadi lebih kompetitif dengan semua kelab mengukuhkan skuad mereka dan dijangka lebih banyak proses perpindahan pemain akan berlaku.

Namun City sudah pun diramal selaku juara liga oleh analisis data di fivethirtyeight.com.

Data itu meramalkan dimanakah setiap pasukan akan menamatkan saingan liga dan berapa banyak mata yang akan diraih oleh mereka.

Menggunakan sistem Soccer Power Index (SPI), data itu menunjukkan rating bagi setiap pasukan selain mengira berapa banyak gol yang sepatutnya dijaringkan dalam setiap perlawanan.

Selepas melakukan kiraan bagi setiap perlawanan, City diramal bakal meraih 88 mata, lebih tujuh mata berbanding yang diperolehi mereka musim lalu.

Liverpool pula diramal sekadar menamatkan saingan di kedudukan kedua liga dengan mengumpul 81 mata, kurang 18 mata berbanding ketika memenangi kejuaraan liga musim lalu.

Manchester United dan Chelsea pula masing-masing dijangka kekal menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 9:08 AM