SPURS kini menduduki tempat kelima liga. FOTO EPA
SPURS kini menduduki tempat kelima liga. FOTO EPA
AFP

London: Pengurus Tottenham, Antonio Conte percaya adalah sesuatu yang 'ajaib' jika skuad bimbingannya itu layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Spurs ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal yang berada di tangga keempat selepas kembali bangkit bersaing dalam usaha untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

Manchester United ketinggalan satu mata di tangga keenam berbanding skuad bimbingan Conte di tempat kelima dengan kedua-dua pasukan beraksi lebih satu perlawanan berbanding Arsenal.

Tottenham boleh mengatasi Arsenal buat seketika jika mereka menewaskan Newcastle lebih dua gol esok sebelum pertembungan utara London bertemu Crystal Palace.

Bagaimanapun Conte masih percaya adalah sesuatu yang ajaib untuk Tottenham layak ke Liga Juara-Juara selepas mengharungi musim tidak konsisten sehingga menyaksikannya membimbing pasukan menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat November tahun lalu.

"Sasaran ini sangat sukar. Kami bukan satu-satunya pasukan yang mahu mencuba melakukan keajaiban ini.

"Ada juga Arsenal yang pada masa ini mempunyai kelebihan dan kemudian ada United. United adalah pasukan yang pada musim ini sangat bergelut.

"Terdapat empat pasukan utama yang pada masa ini lebih kuat daripada kelab lain atas beberapa faktor. Mereka adalah Chelsea, Liverpool, City dan United.

"Musim lalu Liverpool bergelut untuk meraih tempat ke Liga Juara-Juara tetapi tidak untuk musim ini," kata Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 2:04 PM