CRISTIANO Ronaldo (kiri) dan Bruno Fernandes antara tonggak utama United. FOTO EPA
CRISTIANO Ronaldo (kiri) dan Bruno Fernandes antara tonggak utama United. FOTO EPA
Agensi

London: Segala-galanya tidak akan menjadi lebih baik untuk Manchester United di bawah bimbingan Erik ten Hag.

Manakala Arsenal akan menghadapi lebih banyak kesukaran selepas terlepas kedudukan empat teratas kepada seteru setempat, Tottenham pada perlawanan terakhir Liga Perdana.

Semua itu diramalkan oleh super komputer Liga Perdana yang menjangkakan Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta akan menghuni tangga ketujuh liga pada musim depan, lebih teruk berbanding musim ini.

Sementara itu, super komputer itu juga meramalkan pengurus baharu United, Erik ten Hag tidak akan memberi impak besar kepada kelab berkenaan, malah sukar untuk juara Liga Perdana 13 kali itu layak ke Liga Juara-Juara.

United diramalkan menduduki tangga kelima dengan Spurs mengatasi mereka di kedudukan keempat liga.

Manchester City masih diramal berada di kedudukan teratas sekali gus bakal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana mengatasi Liverpool dan Chelsea masing-masing di tangga kedua dan ketiga liga.

Jika ramalan itu tepat, maka anak buah Pep Guardiola akan mendominasi gelaran Liga Perdana kali kelima dalam tempoh enam musim.

Newcastle pula dijangka akan menamatkan kempen musim depan di kedudukan keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2022 @ 10:24 PM