Pemain tengah Belanda dan Manchester United, Donny van de Beek. FOTO Agensi
Pemain tengah Belanda dan Manchester United, Donny van de Beek. FOTO Agensi
AFP

The Hague: Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek terpaksa diketepikan daripada senarai skuad Belanda bagi kempen Euro 2020 kerana kecederaan, umum skuad kebangsaan negara itu, hari ini.

"Van de Beek terpaksa melupakan saingan Kejohanan Eropah. Pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan sehingga menghalang aksi bagi Euro 2020," menurut Twitter pasukan itu.

Pengendali Belanda, Frank de Boer tidak akan menyenaraikan pengganti bagi Van de Beek yang mempunyai 19 kap penampilan bersama negaranya.

Pemain berusia 24 tahun itu, menyerlah dalam hanya empat perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama United selepas perpindahan £35 juta (RM203.8 juta) dari Ajax pada September lalu.

Anak buah De Boer akan memulakan kempen kejohanan Eropah dengan melayan kunjungan Ukraine di Amsterdam pada Ahad ini.

Mereka juga akan berdepan Austria dan Macedonia Utara di Johan Cruyff Arena dalam saingan Kumpulan C.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 10:05 PM