Adam pamer tunggangan cemerlang pada sesi kelayakan.
Adam pamer tunggangan cemerlang pada sesi kelayakan.
Saiful Affendy Sapran


SELEPAS melalui detik cemas apabila terbabit dengan kemalangan teruk semalam, Adam Norrodin masih mampu cemerlang di sesi kelayakan untuk bermula di petak ketujuh perlumbaan Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Jerez esok.

Pelumba berusia 22 tahun itu terbabit dengan insiden kemalangan pada sesi latihan bebas kedua sehingga terpaksa melalui pemeriksaan kesihatan di hospital namun disahkan cergas untuk beraksi di sesi kelayakan hari ini.

"Syukur hari ini saya dalam fizikal agak baik terutama sekali selepas kemalangan agak besar semalam.

"Rentak pecutan saya juga tidak hilang pada sesi kelayakan hari ini, sesuatu yang saya agak bimbang semalam.

"Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki kerana saya masih tak dapat merapatkan jurang dengan barisan pelumba di depan.

"Untuk perlumbaan esok saya berasa sangat yakin. Akan cuba kekal di kelompok depan dan capai keputusan terbaik," katanya.

Kedudukan pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior itu kini berada di tangga kesembilan dalam carta pelumba dengan 26 mata selepas empat perlumbaan awal di Portugal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 8:08 PM