MUTO bercakap pada sidang media. FOTO EPA
MUTO bercakap pada sidang media. FOTO EPA
Agensi

Tokyo: Atlet yang beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo akan dipantau melalui sistem pengesanan global (GPS), kata ketua jawatankuasa penganjur Tokyo 2020, Toshiro Muto.

Sistem itu tidak akan digunakan untuk sentiasa mengesan pergerakan mereka tetapi ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berdepan dengan isu Covid-19.

"Kami tidak akan mengesan setiap pergerakan. Saya mahu mereka mematuhi segala peraturan terlebih dahulu," kata Muto.

Media antarabangsa juga akan dipantau melalui sistem itu.

Sementara itu Muto berkata, pihaknya juga masih belum memutuskan sama ada alkohol dibenarkan di perkampungan atlet.

Tokyo masih kekal dalam tempoh darurat bagi mengatasi peningkatan kes Covid-19 dengan Sukan Olimpik hanya akan berlangsung kira-kira enam minggu lagi.

Temasya sukan terbesar dunia itu bakal membuka tirai 23 Julai dan berakhir 8 Ogos dengan Sukan Paralimpik pula berlangsung 24 Ogos sehingga 5 September.

Kemasukan ke Jepun diperketatkan sejak beberapa minggu lalu namun sumber menyatakan ia tidak akan memberi impak kepada mereka yang berkaitan dengan temasya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 3:39 PM