Leroy Sane. FOTO Agensi
Leroy Sane. FOTO Agensi
AFP

LEROY Sane memulakan kerjanya di Bayern Munich hari ini selepas melaporkan diri bagi sesi latihan pertamanya seminggu sebelum kumpulan pasukan itu kembali daripada bercuti.

Sayap Jerman berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayern minggu lalu selepas melengkapkan perpindahan dari Manchester City yang dilaporkan sekitar 50 juta Euro (RM242 juta).

Bayern ketika ini sedang menempuhi dua minggu rehat selepas kejayaan memenangi gelaran domestik berganda ketika latihan penuh dijadualkan bersambung minggu depan, Sane menjalani latihan bersama pemain pertahanan Niklas Suele.

Kedua-dua Suele dan Sane meningkatkan tahap kecergasan mereka selepas diketepikan beberapa bulan berikutan kecederaan ligament lutut yang dialami.

"Sesi latihan pertama yang baik," catat Sane di Instagram selepas diuji kepantasannya oleh jurulatih kecergasan Bayern.

"Gembira untuk kembali semula ke padang dan untuk memulakan sesi latihan pertama saya. Pastinya saya sangat gembira untuk berada di sini," tambah kenyataannya di laman web rasmi kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 9:36 AM