Ecclestone (kiri) dan Fabiana baru dikurniakan cahaya mata bernama Ace. FOTO Agensi
Ecclestone (kiri) dan Fabiana baru dikurniakan cahaya mata bernama Ace. FOTO Agensi
Agensi

DIA baharu saja menjadi bapa pada usia 89 tahun, namun Bernie Ecclestone sudah menyimpan angan-angan lebih besar.

Ini kerana bekas bos Formula Satu (F1) itu mahu dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Bercakap empat hari selepas kelahiran anak lelakinya, Ace hasil perkahwinan dengan Fabiana Flosi, 44, Bernie menafikan beliau terlalu tua untuk membesarkan anak. Malah dia berkata akan menjadi seorang bapa terbaik untuk anak keempatnya itu.

Bernie yang juga bapa kepada Petra, 31; Tamara, 36; dan Deborah, 65, berkata: "Saya sangat gembira. Ketika saya memperoleh anak perempuan, saya masih diusia muda.

"Saya lebih bimbangkan soal perniagaan berbanding menguruskan anak-anak.

"Kini saya mempunyai lebih masa dan berharap dapat meluangkan masa bersama anak lelaki sepanjang prosesnya untuk membesar.

"Saya tidak pasti sama ada akan berhenti di sini. Mungkin Ace memerlukan adik lelaki atau perempuan.

"Adakah saya mengambil apa-apa? Tidak, Fabiana ada memberikan vitamin D tetapi saya tidak memerlukannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:40 AM