DALAM masa sama, Ecclestone juga berharap semuanya berjalan lancar dengan isterinya walaupun tempoh berkurung dilanjutkan. FOTO AGENSI
DALAM masa sama, Ecclestone juga berharap semuanya berjalan lancar dengan isterinya walaupun tempoh berkurung dilanjutkan. FOTO AGENSI
Agensi

BEKAS bos Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone sekali lagi akan menimang cahaya mata, kali ini bersama isteri keempatnya, Fabiana Flosi.

Ini adalah anak lelaki pertama jutawan yang akan menyambut ulang tahun ke-90 Oktober depan, di mana sebelum ini beliau sudah dikurniakan tiga cahaya wanita perempuan.

Anak perempuan sulungnya ialah Deborah, 65, hasil perkahwinan pertama dengan Ivy Bamford, manakala Tamara, 35 dan Petra, 31 adalah perkongsian bersama isteri kedua, Slavica Radic.

Eccelstone pernah berkahwin dengan pengarah pemasaran Brazil sejak 2012 dengan majlis perkahwinan mereka diadakan di chalet ski di Switzerland. Isteris ketiganya itu beza 45 tahun dengannya.

“Isteri saya dijangka bersalin musim panas ini dan saya berharap anak kami nanti belajar bermain ‘Backgammon’,” kata Ecclestone

“Sama seperti ibu bapa lain, hanya satu saja harapan sya iaitu anak kami nanti lahir dalam keadaan sihat. Mudah-mudahan dia tidak menyatakan minat untuk terbabit dalam apa jua bagi saingan F1,” kata Flosi berseloroh.

Dalam masa sama, Ecclestone juga berharap semuanya berjalan lancar dengan isterinya walaupun tempoh berkurung dilanjutkan.

“Nasib baik lagi kerja di ladang diteruskan seperti biasa dan Fabiana juga boleh memantau sendiri ladang kopi miliknya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 11:34 PM