Agensi

PEMINAT Tottenham merayu kepada kelab itu untuk membawa semula Mauricio Pochettino selepas melihat gambar dia memakai kemeja-T, Spurs untuk meraikan kontrak baharu anak lelakinya.

Pengendali berusia 48 tahun itu dipecat oleh kelab utara London berkenaan pada November lalu berikutan aksi merudum yang membuatkan pasukan itu berada di kedudukan ke-14 Liga Perdana.

Ketiadaannya membuatkan sebahagian peminat kecewa selepas dia membawa kelab itu mara ke final pertama kali di Liga Juara-Juara hanya lima bulan sebelum penamatan kontraknya.

Sebelum digantikan dengan Jose Mourinho, tetapi hubungan Pochettino dengan peminat Tottenham masih rapat dan tetap disanjung tinggi peminat.

Anak lelakinya, Maurizio, 19, dijangka dilepaskan oleh Spurs pada Selasa tetapi pemain sayap itu melanjutkan kontrak baru selama dua tahun dan mungkin menjadi sandaran pemain skuad utama musim depan.

Catatan di Instagram, Maurizio memuat naik gambar dia bersama bapanya, sambil berkata : "Menanti musim baru #COYS."

Malah bekas pengendalian yang memakai kemeja-T kelab itu lebih menarik perhatian peminat.

Pelbagai reaksi yang diberikan peminat sehingga ada yang menyangkakan pertama kali melihat gambar dua beranak itu membuatkan mereka menyangka Pochettino kembali semula bersama Spurs.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 2:38 PM