KHABIB bersama Abdulmanap ketika hayatnya. FOTO Agensi
KHABIB bersama Abdulmanap ketika hayatnya. FOTO Agensi
Agensi

London: Selepas setahun Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, dunia MMA masih lagi terasa kehilangannya.

Abdulmanap adalah ayah dan jurulatih kepada bekas juara dunia lightweight UFC yang tidak pernah kalah Khabib Nurmagomedov.

Khabid bersara dengan rekod kemenangan 29-0 namun mengumumkan persaraannya dengan mengejut selepas kematian ayahnya tahun lalu.

Kelmarin, Khabib dalam media sosialnya menyampaikan mesej berserta video lama sempena setahun pemergian ayahnya. Kata-katanya menyentuh perasaan tetapi penuh iktibar.

''Sudah setahun ayah pergi,''kata Khabib di Instagram. ''Kematian ayah meningkatkan kepercayaan saya bahawa kita tidak memiliki apa-apa di dunia. Anak, ibu bapa dan harta.

''Semua yang kita miliki hanya sementara" Semuanya kepunyaan Allah dan kepadaNya kita kembali. Kita hanya menunggu masa dan akan ditempatkan dalam kubur sendirian dengan tiada peneman termasuk rakan, saudara mara, harta dan terputus segalanya.

''Hanya amalan dibawa bersama.''

Khabib kini bahagia dengan persaraannya walaupun terdapat usaha membawanya kembali bertarung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 11:50 AM