PEMAIN beregu campuran negara, Goh Liu Ying (kanan) yang juga Duta Li Ning Malaysia menyampaikan replika cek kepada Jin Wei. FOTO Ihsan Li Ning Malaysia
PEMAIN beregu campuran negara, Goh Liu Ying (kanan) yang juga Duta Li Ning Malaysia menyampaikan replika cek kepada Jin Wei. FOTO Ihsan Li Ning Malaysia
Aida Adilah Mat


LATIHAN memukul bulu tangkis ke dinding sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu sangat berbaloi buat Chua Jin Wei selepas diumumkan sebagai pemenang 'Wall Rally Challenge'.

Jin Wei, 21, merekodkan 136 pukulan ke dinding dan menerima baucer bernilai RM5,000 daripada Li-Ning Malaysia menewaskan Erfan Majeed dan Lee Wee Meng masing-masing melakukan 135 pukulan, diikuti oleh Wong Jiann Tze yang merekod sebanyak 125 kali.

Membabitkan penyertaan 151 peserta pada pusingan pertama, cabaran itu memerlukan peserta memuat naik rakaman pukulan ke dinding di media sosial.

Sepuluh peserta yang merekodkan pukulan yang paling tinggi akan melangkah ke pusingan akhir.

Jin Wei yang sebelum ini pernah mewakili Kuala Lumpur berkata, PKP menyebabkan dia tidak dapat meneruskan latihan badminton dan memilih untuk melakukan latihan dengan memukul bulu tangkis ke dinding sebanyak 1,000 kali setiap hari selama 14 hari.

"Saya biasanya meletakkan sasaran melakukan sekurang-kurangnya 120 pukulan dalam satu minit dan secara kebetulan terlihat cabaran ini.

"Saya mencabar diri saya untuk mencuba dan tidak sangka yang saya berjaya memenangi cabaran ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 5:01 PM