RONALDO tiba lebih awal berbanding rakan sepasukan. FOTO Agensi
RONALDO tiba lebih awal berbanding rakan sepasukan. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo hadir sesi latihan empat jam sebelum rakan sepasukan tiba bagi mempersiapkan diri menghadapi saingan Serie A yang kembali bersambung 20 Jun.

Superstar Juventus itu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan ketahanan fizikal ketika perintah berkurung dengan melakukan aktiviti senaman di rumah.

Dia tiba lebih awal berbanding rakan sepasukan dan memanaskan badan secara individu sebelum menyertai latihan berkumpulan.

Sebelum itu, bekas bintang Manchester United itu melakukan ujian tahap kecergasan dan keputusannya cemerlang sekali gus membuktikan fizikalnya sekarang jauh lebih baik berbanding sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Ronaldo sememangnya dikenali sebagai pemain paling bekerja keras dalam setiap kelab disertainya.

Carlos Tevez cuba menandingi bintang Portugal itu pada sesi latihan ketika mereka beraksi di United tetapi gagal.

Pemain Argentina itu berkata: "Jika anda tiba di padang 7.30 pagi, dia sudah pun berada di sana. Saya berkata kepada diri saya, bagaimana nak kejar dia?"

"Jadi suatu hari, saya datang 6.30 pagi dan saya terkejut dia sudah berada di situ. Apa lagi boleh saya lakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 12:03 AM