CHONG Wei dan Lin Dan seteru yang sentiasa menghormati antara satu sama lain. FOTO NSTP
CHONG Wei dan Lin Dan seteru yang sentiasa menghormati antara satu sama lain. FOTO NSTP
AFP

PADA 15 tahun lalu Stadium Badminton Kuala Lumpur padat, kerana peminat mahu menyaksikan bintang sedang meningkat naik Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei bertemu buat kali pertama dalam perlawanan akhir, tatkala ia adalah permulaan bagi persaingan musuh tradisi terulung.

Chong Wei, 22, rebah di lantai, menumbuk di udara dan memberikan penghargaan kepada penonton selepas 88 minit beraksi beliau berjaya mencatat kemenangan 17-15, 9-15, 15-9 dan dia juga bangkit dari ketinggalan pada set pertama serta penentuan.

"Semua orang melihat bagaimanan Lin Dan bermain. Dia sangat hebat dari segi serangan dan pukulan smash. Jadi saya sangat berpuas hati dapat mengalahkannya," kata Chong Wei yang ketika itu adalah penyandang juara Terbuka Malaysia.

Itu adalah permulaan kerana selepas itu dua legenda berkenaan bertemu dalam dua perlawanan akhir Olimpik dan dua perlawanan akhir Kejohanan Dunia, sekali gus melahirkan generasi baru peminat sukan badminton.

Semua itu menjadi kenangan buat Chong Wei, yang tewas keempat-empat perlawanan akhir Kejohanan Dunia dan Olimpik menentang pemain legenda China dan akhir sekali beliau mengambil keputusan bersara tanpa memenangi sebarang kejuaraan daripada kedua-dua acara terbesar itu.

Chong Wei, 37, Lin Dan, 36, bertemu sesama sendiri sebanyak 40 kali dengan kelebihan diraih lawannya itu dengan rekod 28-12.

Perlawanan akhir Sukan Olimpik 2008 dan 2012 adalah di antara saat yang sentiasa dikenang kedua-dua pemain berkenaan.

Ketika Chong Wei mengumumkan persaraan, Lin Dan sempat memuatnaik status di Weibo iaitu aplikasi seperti Twitter, bahawa dia akan berasa kesunyian selepas ini.

"Saya akan berasa keseorangan di dalam gelanggang badminton dan tidak akan ada siapa menemani saya lagi," kata Lin Dan

Bulan lalu Chong Wei menggelarkan musuh nombor satunya itu sebagai legenda keran masih aktif

"Kejuaraan yang dimilikinya menjawab persoalan siapakah dia. Kita harus menghormatinya," kata Chong Wei.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 3:56 PM