McGregor (kiri) dan Khabib musuh dalam MMA. FOTO Agensi
McGregor (kiri) dan Khabib musuh dalam MMA. FOTO Agensi
Agensi

CONOR McGregor berharap bapa kepada musuh ketatnya, Khabib Nurmagomedov cepat pulih dan mendedahkan dia berdoa untuk seluruh keluarga atlet seni bela diri campuran (MMA) itu.

Bapa juara lightweight UFC itu, Abdulmanap dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan masih koma selepas mengalami komplikasi pada pneumonia (radang).

Jurulatih MMA, Abdulmanap, 57, menerima pelbagai ucapan daripada banyak pihak yang mendoakan keadaan kesihatannya kembali pulih di media sosial.

McGregor menerusi twitter miliknya berdoakan kesihatan jurulatih MMA itu. FOTO Agensi
McGregor menerusi twitter miliknya berdoakan kesihatan jurulatih MMA itu. FOTO Agensi

Paling mengejutkan ucapan daripada McGregor, yang ditumbangkan Khabib pada Oktober 2018 dan sejak kebelakangan ini, dia terus bertengkar dengan juara tanpa kalah itu.

McGregor, 31, menerusi twitter memaklumkan : "Berdoa untuk kesembuhan bagi Abdulmanap Nurmagomedov.

"Lelaki yang bertanggungjawab kepada lebih ramai juara dunia, seluruh disiplin pelbagai pertarungan, yang kita tidak ketahui.

"Pejuang pertempuran yang sejati! Sangat sedih apabila mendengar berita mengenainya.

"Berdoa untuk keluarga Nurmagomedov pada waktu ini."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 12:46 PM