ISLAM dan Khabib selepas tamat pertarungan menentang Oliveira.
ISLAM dan Khabib selepas tamat pertarungan menentang Oliveira.
Agensi

London: Conor McGregor seperti menyalakan semula api permusuhannya dengan Khabib Nurmagomedov selepas melihat anak didik bekas musuh ketatnya itu meraih kejayaan di UFC.

Sahabat baik Khabib yang juga rakan sepelatih, Islam Makhachev yang berusia 31 tahun mengikuti jejaknya kelmarin selepas meraih gelaran lightweight di UFC 280 dengan menewaskan jaguh Brazil, Charles Oliveira.

Antara yang teruja menyaksikan pertarungan itu ialah bekas juara dua divisyen, Conor McGregor yang mengaitkan kemenangan Islam dengan ayah Khabib, Abdulmanap yang juga bekas ketua jurulatih jaguh Rusia itu.

Petarung dari Ireland itu berkata: "Saya mempunyai sistem yang boleh menggugat cara pertarungan dia, saya beritahu anda.

"Banyak mulut. Tutup mulut anda. Anda tidak lakukan apa-apa malam ini kecuali enggan ikut kehendak ayah dan lari."

Islam dalam kenyataan selepas tamat perlawanan berkata pertarungannya untuk gelaran lightweight termasuk dalam perancangan Abdulmanap yang mendapat reaksi McGregor: "Perancangan ayah belum lengkap, anda tahu. Rakyat anda pun tahu dan mereka berkata mengenai anda," katanya.

Bagaimanapun, McGregor tertarik dengan persembahan Islam ketika membelasah Oliveira: "Pertarungan yang bagus, prestasi hebat tapi saya mempunyai semua alat mengatasi teknik pertarungan itu sekarang."

McGregor yang berusia 34 tahun kini dalam proses pemulihan akibat patah kaki dan tidak mungkin menentang Islam dalam jangka masa terdekat namun pertarungan mereka berdua bakal menarik perhatian peminat UFC.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 7:51 PM