Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante. FOTO Agensi
Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS bos Chelsea, Antonio Conte memuji kesungguhan N'Golo Kante dengan membayangkan pemain tengah itu sebagai antara pemain luar biasa.

Selepas gandingan itu tiba di Stamford Bridge pada musim panas 2016, the Blues memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris musim 2016-17 dan pencapaian individu cemerlang kedua berturut-turut bagi Kante selepas membantu Perancis.

Walaupun pemenang Piala Dunia itu dilihat bergelut dengan kecederaan sejak kebelakangan ini, Conte menyenaraikan pemain Perancis itu sebagai antara pemain terbaik yang dia dapat berkerja sama sepanjang karier pengurusannya.

Bercakap kepada Sky Sport, Conte memberitahu : "Pada pandangan saya, dia boleh beraksi dalam setiap bahagian di tengah.

"Kita bercakap mengenai pemain luar biasa, salah seorang pemain terbaik.

"Dia sangat luar biasa bersama dan tanpa bola. Apabila anda mempunyai N'Golo dalam pasukan, anda boleh berfikir anda bermain dengan lebih pemain tambahan.

"Anda boleh lihat wajahnya tersenyum setiap hari. Dia seorang lelaki yang positif. Dia salah seorang pemain terbaik yang saya miliki dalam karier sebagai jurulatih."

Conte, yang kini mengambil alih tugas pengendali di Inter Milan, turut bercakap mengenai kekagumannya terhadap bekas kapten Chelsea, John Terry.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 10:30 AM