Pemain Bayern Munich menjalani sesi latihan . FOTO Agensi
Pemain Bayern Munich menjalani sesi latihan . FOTO Agensi
AFP

BAYERN Munich berada di landasan tepat untuk memenangi kejuaraan kali kelapan berturut-turut, namun Borussia Dortmund diketuai tonggak serangan Erling Braut Haaland enggan memberi laluan mudah.

Ketika saingan Bundesliga kembali bersambung hujung minggu ini selepas ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pasukan liga utama Jerman menamatkan dua bulan tanpa aksi untuk meneruskan baki sembilan perlawanan.

Kebanyakan pasukan sudah menempuhi ujian dan di kuarantin dalam kem latihan kerana virus pandemik itu.

Semua perlawanan berlangsung tertutup dalam liga yang mencatat antara kehadiran penonton yang ramai itu.

"Beraksi dalam keadaan tertutup satu cabaran yang besar, terutama bagi kelab seperti BVB.

"Kelab yang melakar kejayaan bersandarkan kekuatan semangat yang dimiliki penyokong mereka," kata Ketua Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 11:07 AM