Witsel pilih sertai Dortmund. FOTO REUTERS
Witsel pilih sertai Dortmund. FOTO REUTERS
Agensi

MANCHESTER United gagal dalam cubaan mereka untuk mendapatkan Axel Witsel kerana kelab terbabit gagal membuatkannya benar-benar istimewa.

Jose Mourinho yang berada dalam pasaran untuk mendapatkan bintang Belgium itu pada musim panas lalu tetapi pemain tengah yang beraksi bersama Tianjin Quanjian itu menolak tawaran dibuat.

Dengan memiliki 101-kap antarabangsa, Witsel 30, sebaliknya mengambil keputusan menyertai Dortmund ketika mereka membuatkannya berasa seperti keutamaan No.1.

Witsel mendedahkan: "Pengarah Kesukanan Michael Zorc paling awal menghubungi saya diikuti jurulatih, Lucien Favre.

"Saya mendapat tawaran lain. Saya mungkin pergi ke Paris atau Manchester tetapi saya dapat merasakan saya adalah sasaran utama Dortmund.

"Ia penting untuk menikmati perasaan yang bagus apabila menyertai kelab baru.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan Zorc, Favre dan ketua eksekutif, Hans-Joachim Watzke, saya membuat keputusan.

"Dortmund adalah kelab handalan dan saya memang mahu menyertai kelab utama kerana pada usia 29 ia berkemungkinan peluang terakhir saya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 7:40 PM