Georgina Rodriguez
Georgina Rodriguez
Agensi

Paris: Georgina Rodriguez menaiki jet peribadi ke Paris pada Selasa, menyebabkan peminat membuat kesimpulan Cristiano Ronaldo bakal melengkapkan perpindahan ke PSG.

Laporan mendakwa Ronaldo, 36, sudah bersedia meninggalkan Juventus jika mereka gagal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Gergasi Seria A dilihat seperti terpaksa akur apabila gagal mempertahankan kejuaraan kepada Inter Milan.

Namun terdapat juga lima pasukan yang bersaing untuk tiga slot Liga Juara-Juara musim depan ketika saingan musim ini berada di penghujung.

Ronaldo (kanan) bersama Georgina. FOTO Agensi
Ronaldo (kanan) bersama Georgina. FOTO Agensi

Superstar Portugal itu berkata dia mempertimbangkan perpindahan ke Paris Saint-Germain yang dikendalikan Mauricio Pochettino.

Teman wanita Ronaldo, Georgina seolah-olah menguatkan dakwaan itu selepas memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan dia menaiki sebuah jet peribadi di ibu kota Perancis.

Disertakan dengan kapsyen ringkas: "Bonjour Paris."

Malah penyokong lantas mengesahkan ia sebagai tanda kecenderungan Ronaldo untuk bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe.

Bagaimanapun, Ronaldo turut dikaitkan dengan kepulangan ke Manchester United.

Ketika Edinson Cavani hampir pasti meninggalkan kelab Inggeris itu yang mungkin memberi ruang kepada Ronaldo untuk mengulangi zaman kegemilangan United.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 11:21 PM