Pelumba Itali, Elia Viviani (tengah) memenangi ketgeori lelaki di Perlumbaan Jalan Raya Eropah 2019.
Pelumba Itali, Elia Viviani (tengah) memenangi ketgeori lelaki di Perlumbaan Jalan Raya Eropah 2019.
Agensi

KEJOHANAN Lumba Basikal Jalan Raya Eropah di Itali pada September ini ditunda setahun kerana pandemik Covid-19.

Acara yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 13 September di daerah Trentino, yang kekal sebagai tuan rumah.

"Keputusan ini dicapai berdasarkan persetujuan penuh dan kerjasama bersama semua pihak yang terbabit," menurut kenyataan Kesatuan Berbasikal Eropah (UEC).

UEC berkata pilihan tarikh baharu adalah pada 1-5 September atau 8-12 September 2021.

Tambah kenyataan itu keputusan muktamad akan diumumkan beberapa bulan lagi oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) apabila ia diterbitkan dalam kalendar 2021.

UEC juga berkata mereka sedang berkerja sama rapat dengan pihak UCI dan persekutuan kebangsaan untuk melihat beberapa pilihan lain bagi Perlumbaan Jalan Raya Eropah 2020 dan kalendar acara UEC musim ini supaya setiap pemenang dalam setiap kategori dapat dianugerahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 1:08 PM