TPC Harding Park lokasi Kejohanan PGA. FOTO Agensi
TPC Harding Park lokasi Kejohanan PGA. FOTO Agensi
Agensi

KETUA Eksekutif PGA Amerika, Seth Waugh berkata, penganjur mempunyai tiga pilihan menganjurkan Kejohanan PGA pada Ogos depan.

Menurut Waugh, pelan pertama meneruskan PGA seperti dijadualkan: 6-9 Ogos di TPC Harding Park di San Francisco – dengan penonton.

Pilihan kedua PGA tanpa penonton dan ketiga menganjurkan kejohanan utama itu di lokasi lain di Amerika Syarikat.

Dengan pandemik Covid-19 tidak merebak dengan menyeluruh di negara itu, Waugh amat berharap PGA dapat berlangsung tahun itu.

“Kami mahu menganjurkannya seperti biasa dengan disaksikan penonton di venue asal di Harding Park,” kata Waugh. “Jika keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan, kami bersiap sedia sepenuhnya berdepan cabaran tanpa penonton.

“Kami percaya dengan adanya siaran di televisyen adalah sangat berbaloi sama ada disaksikan penonton atau tidak. Jelas ia pengalaman baharu tetapi itulah hakikatnya.”

Menurutnya lagi, golf memiliki kelebihan ketika krisis kesihatan dunia - ia dimainkan di atas venue yang luas, jadi pemain mudah menjaga penjarakan sosial dan selamat.

Jika California atau San Francisco tidak bercadang menjadi tuan rumah, Waugh berkata penganjur akan berusaha mencari venue alternatif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 1:08 PM