SAN Francisco Chronicle melaporkan kejohanan berkenaan kekal diadakan di lapangan Harding Park. FOTO AGENSI
SAN Francisco Chronicle melaporkan kejohanan berkenaan kekal diadakan di lapangan Harding Park. FOTO AGENSI
Reuters

SALAH satu daripada empat kejohanan utama golf, PGA Championship terpaksa ditangguhkan pada 6 hingga 9 Ogos ini berikutan penularan wabak Covid-19.

San Francisco Chronicle melaporkan kejohanan berkenaan kekal diadakan di lapangan Harding Park.

PGA Championship yang dianjurkan oleh PGA Amerika Syarikat, setakat ini tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan pada 14 hingga 17 Mei namun PGA Amerika Syarikat mengumumkan 17 Mac lalu bahawa saingan berkenaan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Kejuaraan utama tahun ini, The Masters, dijadualkan berlangsung Khamis ini di Augusta National namun kelab berkenaan mengumumkan 13 Mac lalu kejohanan itu terpaksa ditangguhkan.

Terbuka Amerika Syarikat, yang akan diadakan di Winged Foot di New York dari 18 hingga 21 Jun dan Terbuka British 16 hingga 19 Julai di Royal St George di Kent, kekal tanpa sebarang perubahan.

Bagaimanapun, jangkaan pengumuman penangguhan Terbuka Amerika Syarikat akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 2:43 PM