Amir Khan tidak fikir soal bersara dari tinju buat masa ini. FOTO Agensi
Amir Khan tidak fikir soal bersara dari tinju buat masa ini. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS juara dunia dua kali dari Britain, Amir Khan berkata bersara tiada dalam radar sambil menegaskan dia masih mempunyai ‘hutang’ satu atau dua perlawanan lagi.

Beberapa laporan semalam mencadangkan peninju berusia 33 tahun mempertimbangkan untuk meninggalkan sukan itu.

“Sememangnya dengan keadaan Covid-19 ketika ini ia membuatkan kami hilang semangat seketika dan anda bercakap mengenai perkara yang tidak benar-benar dimaksudkan,” kata Khan.

“Saya masih berasa baik, saya rasa kuat. Saya tidak mahu meletak harapan yang tinggi.”

Aksi Khan dalam gelanggang tinju. FOTO File Agensi
Aksi Khan dalam gelanggang tinju. FOTO File Agensi

Aksi terakhir Khan di gelanggang adalah pada Julai tahun lalu, aksi terhenti di pusingan keempat selepas mencatat kemenangan ke atas peninju Australia, Billy Dib di Arab Saudi.

Peninju Bolton, bekas juara dunia acara berat ringan (light-welterweight) bersama WBA dan IBF, berkata sekalipun dia mahu menumpu pertarungan kejuaraan dunia tapi dia terlebih dahulu perlu menempuhi pertarungan berdepan pencabar 10 teratas.

“Kerana perintah berkurung Covid-19, saya tidak kisah kembali kepada asas pertarungan sebelum aksi besar berdepan lawan seperti Manny Pacquiao,” tambah pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2004 itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 9:17 AM