PATRICK dibawa ke hospital sejurus selepas KO menentang Charles.
PATRICK dibawa ke hospital sejurus selepas KO menentang Charles.
Reuters

PENINJU Amerika Syarikat Patrick Day meninggal dunia di Chicago hari ini susulan kecederaan otak serius yang dialami ketika pertarungannya Ahad lalu, di mana dia tewas secara KO kepada Charles Conwell pada pusingan ke-10.

Day,27, koma selama empat hari berikutan kekalahannya itu dan biarpun menjalani pembedahan otak kecemasan di Northwestern Memorial Hospital, doktor gagal menyelamatkan nyawa peninju kategori junior middleweight itu.

“Patrick Day meninggal dunia hari ini, 16 Oktober 2019, selepas menderita kecederaan otak serius ketika bertarung pada Sabtu, 12 Oktober di Wintrust Arena in Chicago, IL,” kata promoternya Lou DiBella dalam satu kenyataan.

“Dia ditemani keluarga, teman rapat dan rakan pasukan tinju, termasuk mentor, rakan dan jurulatih Joe Higgins.”

“Bagi pihak keluarga Patrick, pasukan dan mereka yang rapat dengannya, kami berterima kasih atas doa, kata-kata sokongan dan kasih sayang terhadap Pat terutama sejak kecederaannya.”

Day diusung ke hospital selepas Conwell menumbuknya bertubi-tubi hingga menyebabkannya tidak bergerak di atas kanvas.

Sebelum bergelar peninju profesional pada 2013, Day adalah peninju amatur berbakat dan menjuarai dua kejohanan kebangsaan.

Kematian Day menyusul selepas peninju super lightweight dari Argentina Hugo Santillan, 23, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan di gelanggang dan peninju Russia Maxim,28, yang meninggal dunia dua hari sebelum itu kerana kecederaan otak ketika bertarung.

PATRICK (kiri).
PATRICK (kiri).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 9:04 AM