Matuidi (kiri) dan Rugani pulih daripada Covid-19. FOTO Juventus.com
Matuidi (kiri) dan Rugani pulih daripada Covid-19. FOTO Juventus.com
AFP

JUVENTUS mengesahkan pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi dan pertahanan Itali, Daniele Rugani telah pulih daripada Covid-19 selepas diuji positif wabak berkenaan bulan lalu.

Rugani adalah pemain pertama di liga bola sepak utama Itali disahkan menghidapi virus berkenaan pada 11 Mac lalu.

Pemenang Piala Dunia, Matuidi juga didapati positif Covid-19 beberapa hari kemudian.

"Daniele Rugani dan Blaise Matuidi menjalani syarat protokal yang ditetapkan iaitu dua kali pemeriksaan (perpindahan) bagi koronavirus-Covid 19. Ujian semula mendapati keputusan negatif,” menurut kenyataan kelab itu.

“Pemain berkenaan bagaimanapun sudah pulih dan tidak lagi perlu menjalani kuarantin di rumah.”

Penyerang Juventus, Paulo Dybala menceritakan bagaimana ‘dia sukar bernafas’ selepas disahkan menghidapi virus itu pada 21 Mac, bagaimanapun kelab itu tidak berkongsi perkembangan terkini membabitkan pemain Argentina itu.

Dybala pernah berkata dia berada dalam keadaan baik hujung bulan lalu selepas menunjukkan simptom yang kuat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 11:34 PM