Camilleri (kanan) anggap cerita ‘pra matang’ Hamilton akan sertai Ferrari. FOTO REUTERS
Camilleri (kanan) anggap cerita ‘pra matang’ Hamilton akan sertai Ferrari. FOTO REUTERS
Reuters

LEWIS Hamilton dan pengerusi Ferrari John Elkann pernah bertemu ketika bersosial tetapi cerita perpindahan juara dunia enam kali Formula Satu itu ke Ferrari adalah cerita ‘pra matang’, menurut ketua eksekutif, Louis Camilleri.

“Saya merasakan ramai sudah mendengar cerita Lewis berbual dengan pengerusi kami,” kata Camilleri kepada wartawan yang dijemput ke majlis makan tengah hari pasukan Itali itu di kilang Ferrari di Maranello.

“Ia satu acara sosial yang diperbesarkan. Mereka mempunyai beberapa rakan rapat.”

Media Itali melaporkan Hamilton bertemu Elkann dua kali tahun ini sekali gus mencetuskan spekulasi pemandu Britain berusia 34 tahun itu yang dikatakan akan ke Ferrari apabila kontrak bersama Mercedes berakhir pada hujung 2020.

Ferrari sebelum ini tidak mengesahkan pertemuan itu dan mereka juga tidak menafikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 11:20 PM