LAMPARD ketika menjawab soalan wartawan di pusat latihan Cobham di  Stoke D'Abernon,  London. FOTO AFP
LAMPARD ketika menjawab soalan wartawan di pusat latihan Cobham di Stoke D'Abernon, London. FOTO AFP
Reuters

PERLAWANAN terakhir Chelsea menentang Lille dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok bakal menjadi ujian terbesar mereka dalam misi meraih kemenangan pertama di tempat sendiri seterusnya mara ke saingan kalah mati, kata pengurus, Frank Lampard.

Chelsea yang menduduki tempat ketiga Kumpulan H dengan lapan mata --- sama dengan Valencia di tangga kedua dan dua mata di belakang pendahulu, Ajax Amsterdam selepas tidak tewas di tempat lawan tetapi kelab London itu hanya meraih satu mata dalam dua aksi Eropah musim ini.

Skuad Lampard akan layak ke saingan 16 terakhir jika menewaskan Lille atau seri jika Ajax menewaskan Valencia.

"Prestasi kami di tempat sendiri kurang baik dan saya fikir jika kami layak ia pencapaian sangat bagus,” kata Lampard ketika sidang akhbar di London, awal pagi tadi sambil menegaskan aksi menentang Lille adalah yang paling penting sejak dia mengendalikan kelab.

"Saya tahu harapan penyokong yang mahukan kami mara tetapi ini kumpulan sukar”.

Lampard boleh menarik nafas lega selepas pemain pertahanan, Antonio Rudiger yang hanya beraksi 45 minit musim ini boleh kembali beraksi selepas pulih kecederaan tetapi pertahanan tengah, Fikayo Tomori dan penyerang, Olivier Giroud masih belum boleh diturunkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 11:25 AM