MARCO Silva. FOTO AFP
MARCO Silva. FOTO AFP
AFP

EVERTON memecat pengurus Marco Silva selepas 18 bulan mengendalikan kelab Goodison Park itu awal pagi tadi selepas kekalahan 2-5 kepada Liverpool yang menyaksikan kelab itu jatuh ke zon penyingkiran.

“Kelab Bolasepak Everton mengesahkan bahawa pengurus Marco Silva meninggalkan kelab ini,” kata Everton dalam satu kenyataan.

“Duncan Ferguson mengambil alih tugas mengendali pasukan utama secara sementara dan akan mengendalikan pasukan menenatang Chelsea pada Sabtu.”

David Moyes dikaitkan dengan kepulangan ke Goodison sebagai pengganti Silva sehingga akhir musim ini.

Lapan kekalahan dalam 11 perlawanan mengesahkan nasib Silva selepas pasukan itu menghimpunkan skuad yang dijangka mampu layak ke pentas Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 11:57 AM