Bonucci (kiri) bersama Naib Pengerusi Juventus, Pavel Nedved. FOTO Agensi
Bonucci (kiri) bersama Naib Pengerusi Juventus, Pavel Nedved. FOTO Agensi
Agensi

PERTAHANAN Itali, Leonardo Bonucci menandatangani kontrak lanjutan satu tahun lagi sebagai perjanjian pemain itu beraksi di Juventus sehingga 2024.

Pemain berusia 32 tahun itu membuat 376 penampilan bersama juara Serie A Itali dengan mula menyertai kelab itu pada 2010.

Dia menyertai AC Milan pada 2017 tetapi kembali ke Juve setahun kemudian.

“Ia perjalanan cerita menarik yang cukup panjang, pemain yang dikaitkan seperti Leonardo Bonucci bersama Juventus,” menurut kenyataan kelab itu.

Bonucci beraksi setiap minit perlawanan musim ini untuk Juventus, yang berada di kedudukan teratas Serie A, satu mata mengatasi Inter Milan di tempat kedua.

Secara keseluruhan, dia sudah memenangi 14 trofi bersama Juventus sejak tiba dari Bari sembilan tahun lalu, termasuk tujuh kejuaraan Scudetto.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 10:43 AM