Nicola umum persaraan. FOTO REUTERS
Nicola umum persaraan. FOTO REUTERS
Reuters

JUARA dua kali tinju wanita Sukan Olimpik, Nicola Adams mengumumkan persaraan pada usia 37 disebabkan bimbang dengan tahap penglihatannya.

Nicola, peninju pertama Britain meraih pingat emas pada temasya sukan terbesar dunia itu menulis surat terbuka kepada Yorkshire Evening Post, hari ini.

Pemenang pingat Olimpik 012 dan 2016 Olympics, berkata dia berasa bangga dengan apa dicapainya sehinggakan menjejaskan kesihatannya.

“Saya dinasihatkan sebarang impak tambahan terhadap mata saya akan mengakibatkan kerosakan sukar untuk diperbaiki dan hilang penglihatan secara kekal,” katanya meraih gelaran flyweight WBO pada Julai lalu.

“Saya benar-benar terasa mendapat penghormatan dapat mewakili negara saya, memenangi dua pingat emas Olimpik diikuti tali pinggang kejuaraan WBO yang melengkapkan impian menjadi kenyataan.

“Bagaimanapun, semua itu turut menjejaskan tubuh badan saya.

“Menggantung sarung tinju saya adalah keputusan sukar tetapi saya tidak pernah berasa lebih bernasib baik dari itu dan saya bangga dengan tahap dicapai oleh sukan itu.”

Nicola mengakhiri karier profesional dengan rekod tanpa kalah dengan lima kemenangan dan satu seri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 6:14 PM