Zlatan Ibrahimovic (depan) meraikan jaringan ketika beraksi di liga MLS Amerika Syarikat. FOTO Agensi
Zlatan Ibrahimovic (depan) meraikan jaringan ketika beraksi di liga MLS Amerika Syarikat. FOTO Agensi
Agensi

PENGARAH Sukan kelab Serie A Itali Bologna, Walter Sabatini membayangkan besar kemungkinan Zlatan Ibrahimovic akan menyertai kelab itu.

Ibrahimovic dijangka akan menjadi antara pemain bebas yang ditawarkan dengan bayaran tinggi dalam bola sepak dunia apabila kontrak bersama LA Galaxy tamat bulan depan.

Pasukan liga MSL Amerika Syarikat itu dikatakan berminat untuk melanjutkan khidmat bekas penyerang Sweden, yang dicadangkan menerusi media sosial bersaing di Sepanyol.

Kelab Liga Australia, Perth Glory antara pasukan yang mengesahkan minat untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic, yang turut dikaitkan menyertai Napoli dan kemungkinan kembali ke Manchester United.

Ia menunjukkan Bologna juga berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 38 tahun itu.

“Kemungkinan besar Zlatan Ibrahimovic menyertai Bologna," kata Sabatini kepada Sky Sport Italia.

“Percayalah pada saya, ia tidak mustahil. Dia mempertimbangkan tawaran kami kerana dia mahu membantu Sinisa Mihajlovic.

“Kami cuba untuk melaksanakannya. Ia mungkin sesuatu yang hebat. Mari kita lihat... “

Bologna berada di kedudukan ke-12 carta Serie A Itali dengan satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir liga selepas kekalahan 1-2 di gelanggang sendiri kepada Inter.

Jurulatih kelab itu, Mihajlovic, sedang menjalani rawatan leukemia selepas disahkan mengidap penyakit itu pada Julai lalu.

Ibrahimovic pernah beraksi bersama beberapa kelab termasuk Ajax, Inter, Barcelona, AC Milan dan Paris Saint-Germain telah menjaringkan 53 gol dalam 58 perlawanan MLS buat Galaxy.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 1:59 PM