KLOPP pening dengan jadual padat dihadapi pasukannya. — FOTO AFP
KLOPP pening dengan jadual padat dihadapi pasukannya. — FOTO AFP
AFP

JUERGEN Klopp mengakui Liverpool masih belum menyelesaikan dilema Piala Liga Inggeris selepas mengadakan rundingan mengenai pertembungan jadual suku akhir menentang Aston Villa dan Piala Kelab Dunia.

Pasukan Klopp akan berada di Timur Tengah bagi Piala Kelab Dunia apabila aksi Piala Liga di Villa dijadualkan bulan depan.

Klopp mengancam untuk menarik Liverpool keluar daripada Piala Liga jika Liga Bolasepak Inggeris (EFL) tidak membantu mereka mengubah aksi suku akhir itu.

Beliau menimbang untuk menurunkan dua pasukan berasingan bagi menyelesaikan masalah jadual padat namun aksi menentang Villa mungkin ditangguhkan ke awal Januari.

CURTIS Jones menjaringkan gol penalti kemenangan ke atas Arsenal pada pusingan keempat Piala Liga di Anfield. — FOTO Reuters
CURTIS Jones menjaringkan gol penalti kemenangan ke atas Arsenal pada pusingan keempat Piala Liga di Anfield. — FOTO Reuters

“Kami membincangkan mengenainya. Kami perlu memastikan ada banyak masa untuk membuat keputusan. Tapi belum ada kata muktamad mengenainya,” kata Klopp kepada wartawan hari ini.

“Jika kami bermain ketika di Qatar, ia pasti membabitkan dua pasukan berbeza tapi kami tidak boleh meninggalkan mana-mana pemain bagi Piala Liga.

“Kami mempunyai dua perlawanan di Qatar dalam tempoh yang amat sibuk. Kami tidak boleh pergi dengan 11 pemain dan menyatakan 11 pemain ini akan bermain dua perlawanan di Qatar dan selebihnya bermain menentang Aston Villa.

“Ia tidak boleh sebegitu. Kami akan membuat keputusan tapi belum lagi.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 12:35 AM