BRANDT (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Gladbach. -  FOTO EPA
BRANDT (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Gladbach. - FOTO EPA
Reuters

DUA jaringan Julian Brandt dalam masa tiga minit pada lewat babak kedua membantu Borussia Dortmund bangkit menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-1dalam aksi pusingan kedua Piala Jerman di Westfalenstadion, awal pagi tadi.

Pemain tengah Jerman, Brandt meledak rembatan terkena pemain lawan pada minit ke-77 selepas pendahulu Bundesliga, Moenchengladbach terlebih dahulu di depan menerusi Marcus Thuram enam minit sebelum itu.

Brandt kemudiannya yang tidak dikawal menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-80 sekali gus menyuntik semangat pasukan yang berdepan kemerosoton prestasi menyaksikan mereka jatuh ke tangga kelima liga.

Jurulatih Gladbach, Marco Rose diarah keluar selepas terus mempertikaikan keputusan pengadil pada masa kecederaan.

RB Leipzig membelasah VfL Wolfsburg yang masih belum kalah dalam aksi liga 6-1 manakala Werder Bremen mengatasi kelab divisyen dua, Heidenheim 4-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 10:54 AM