NEYMAR meraikan kejayaan menewaskan Strasbourg bersama Tuchel.  -  FOTO AFP
NEYMAR meraikan kejayaan menewaskan Strasbourg bersama Tuchel. - FOTO AFP
AFP

KUNJUNGAN Real Madrid ke ibu kota Perancis bagi memulakan kempen Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain mengembalikan semula memori duka buat skuad skuad rumah.

Ketika kedua-dua kelab bertembung dua musim lalu, PSG beraksi tanpa Neymar yang mengalami kecederaan disingkirkan pada saingan 16 terakhir.

Kekalahan itu salah satu daripada tiga penyingkiran berturut-berturut pada pusingan pertama buat PSG yang gagal menyinar di Eropah di sebalik pelaburan besar oleh pemilik kelab dari Qatar.

Timbul persoalan kemampuan skuad Thomas Tuche kali ini untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir kejohanan berprestij Eropah itu. Musim lalu giliran Manchester United memalukan PSG. Sejak 2012, PSG hanya mampu menewaskan Valencia, Bayer Leverkusen dan Chelsea pada peringkat kalah mati.

Kini PSG terdesak membuktikan kemampuan mereka dalam aksi pembukaan. Dengan Galatasaray dan Club Brugge dalam Kumpulan A, sudah pasti mengejutkan jika PSG gagal mara walaupun tanpa Neymar yang digantung tiga perlawanan.

Selepas kemelut bersama kelab berakhir, Neymar kembali mempamerkan bisa dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas Strasbourg Sabtu lalu walaupun mendapat hadiah ejekan daripada penyokong sendiri.

"Saya sangat gembira kerana segalanya sudah selesai,” kata Tuchel merujuk kepada isu perpindahan Neymar.

Tuchel sentiasa mahukan Neymar kekal. Jaringannya Sabtu lalu yang ke-52 daripada 59 perlawanan menjadi bukti betapa dia diperlukan PSG.

"Dalam kepala saya fokus 100 peratus buat PSG. Saya akan memberikan apa sahaja,” kata Neymar.

"Malangnya sejak dua tahun lalu saya mengalami beberapa siri kecederaan sekali gus terlepas banyak perlawanan. Tetapi apabila kembali pulih saya beraksi sepenuh hati dan statistik saya antara yang terbaik dalam karier.”

Selain penggantungan Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani turut tidak dapat beraksi menentang Real akibat kecederaan tetapi kehadiran pemain baharu, Mauro Icardi mampu menambah sengat mereka di bahagian serangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 12:35 PM