Neymar (tengah) tidak dapat menyertai semula Barca. FOTO File AFP.
Neymar (tengah) tidak dapat menyertai semula Barca. FOTO File AFP.
Reuters

BEKAS pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque berkata dia mungkin tidak akan membawa semula Neymar ke La Liga jika dia jurulatih Barcelona atau Real Madrid, begitupun dia mengakui bintang Brazil itu mempunyai kualiti permainan tersendiri.

Barcelona melakukan beberapa rundingan dengan Paris St Germain untuk membawa semula pemain Brazil itu ke Camp Nou dua tahun selepas meninggalkan kelab itu untuk menyertai wakil Perancis berkenaan dengan memecah rekod dunia menerusi yuran sekitar 222 juta Euro.

Tetapi kedua-dua kelab gagal mencapai kata sepakat mengenai perjanjian itu sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pemain pada 2 September lalu dengan Pengarah Sukan PSG Leonardo mendakwa juara Sepanyol itu gagal bertemu dengan wakil mereka untuk bertanya mengenai harga.

Leonardo turut mengetahui bahawa kelabnya sudah berbincang dengan Real Madrid mengenai penyerang itu.

Neymar menjaringkan 51 gol buat PSG namun kedua-dua musim di Perancis diselubungi dengan kecederaan serius ketika kemuncak kempen kelab berkenaan.

Dia juga berdepan isu salah faham dengan rakan sepasukannya Edinson Cavani mengenai tugas mengambil sepakan penalti di dalam padang.

“Saya fikir ia mungkin sesuatu yang baik buat liga Sepanyol jika di kembali semula tetapi jika saya sebagai jurulatih buat kelab itu saya mungkin tidak akan memanggilnya semula,” kata Del Bosque kepada stesen televisyen Sepanyol - Estudio Estadio.

“Saya akui di seorang pemain yang berbakat besar, saya tidak fikir mengenainya buat musim lain.”

Del Bosque, yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 sebagai jurulatih Sepanyol termasuk merangkul dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebagai jurulatih Real, turut mengkritik Neymar dengan caranya meninggalkan Barcelona pada 2017.

“Bersama Barcelona dia tidak berkelakuan dengan baik, jelas dia berkelakuan buruk, sangat buruk,” tambahnya.

“Jika anda bertanyakan kepada peminat Barcelona saya pasti lebih separuh daripada mereka tidak mahu dia kembali semula bersama pasukan itu. Ada sebab kerana itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 7:53 PM