SANE (kanan) meninggalkan skuad Loew. FOTO/AFP
SANE (kanan) meninggalkan skuad Loew. FOTO/AFP
Reuters

BERLIN: Pemain sayap Jerman, Leroy Sane meninggalkan rakan sepasukan dan tidak akan bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Peru, Ahad ini.

"Leroy Sane meninggal hotel penginapan yang menempatkan pasukan Jerman di Munich atas sebab peribadi selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih Joachim Loew," kata pasukan terbabit dalam satu kenyataan dan berikutan itu dia akan terlepas aksi menentang Peru.

Penyerang Manchester City yang diundi sebagai pemain muda terbaik Liga Perdana musim lalu, dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan Jerman selepas diketepikan daripada senarai akhir pemain untuk menghadapi saingan pusingan akhir Piala Dunia yang mana Jerman tersingkir lebih awal iaitu di saingan peringkat kumpulan lagi.  

Pemain berusia 22 tahun yang dibawa masuk di saat akhir pada Khamis lalu, berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika aksi menentang Perancis dalam saingan Liga Negara-Negara selepas menggantikan Marco Reus, pada minit ke-83.

Sane menghadapi kesukaran untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Jerman, dan rakan sepasukannyaToni Kroos berkata dia perlu memperbaiki sikapnya bagi membolehkan dia mempamerkan potensi diri sepenuhnya.

Setakat ini Sane menjaringkan 10 gol dalam 32 penampilan yang menyaksikan Manchester City berjaya meraih gelaran Liga Perdana sekali gus membolehkan dia mendapat perhatian Guardiola untuk berada dalam kesebelasan utama ada musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 2:55 AM