REAKSI Djokovic selepas mengalahkan Carballes Baena pada pusingan pertama Terbuka AS, pagi tadi. — FOTO Reuters
REAKSI Djokovic selepas mengalahkan Carballes Baena pada pusingan pertama Terbuka AS, pagi tadi. — FOTO Reuters
Reuters

NOVAK Djokovic berasa seperti di halaman sendiri di Stadium Arthur Ashe pagi tadi, yang mungkin menjadi berita buruk buat sesiapa yang mahu menafikan juara bertahan itu daripada menokok jumlah gelaran Grand Slam miliknya.

Pilihan utama dari Serbia itu menyatakan permukaan gelanggang biru ketika menang 6-4, 6-1, 6-4 ke atas pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena pada pusingan pertama sama seperti tahun lalu ketika dia merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Amerika Syarikat.

“Saya tidak perasan sebarang perubahan. Ia lebih sejuk dari segi cuaca berbanding tahun lalu,” kata Djokovic, yang menang empat daripada lima kejohanan Grand Slam terakhir.

“Saya amat suka dengan keadaan bola, kelajuan gelanggang, cuaca amat fantastik. Bagi saya, semuanya menyeronokkan.”

CARBALLES Baena membalas pukulan Djokovic pada pusingan pertama pagi tadi. — FOTO AFP
CARBALLES Baena membalas pukulan Djokovic pada pusingan pertama pagi tadi. — FOTO AFP

Djokovic tidak pernah berdepan Carballes Baena sebelum ini dan menghabiskan set pertama memahami corak lawannya sebelum melangkah ke pusingan kedua yang mana dia akan bertemu seorang lagi pemain yang ditemuinya kali pertama Juan Ignacio Londero dari Argentina.

Pemain Serbia berusia 32 tahun itu, yang layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir Terbuka AS sejak dia bertanding kali pertama pada 2006, pasti menjadi pilihan pada perlawanan berikutnya namun dia tidak mahu bersenang lenang.

“Saya mempunyai pasukan penganalisis yang bertanggungjawab menyediakan data dan maklumat serta video dan analisis data setiap lawan yang akan saya temui,” kata Djokovic.

“Saya perlu melakukan kerja rumah. Saya fikir ia sesuatu yang logik dan biasa. Ia sebahagian daripada cara dan tugas saya untuk bersedia berdepan apa saja.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:54 AM