Wesley (kiri) diasak oleh pemain Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Wesley (kiri) diasak oleh pemain Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Reuters

PASUKAN yang baru dinaikkan ke liga utama, Aston Villa memungut mata pertama pada aksi Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Everton, terima kasih buat jaringan daripada Wesley dan Anwar El Ghazi di Villa Park, awal pagi ini.

Penyerang Villa kelahiran Brazil, Wesley, ditandatangani penghujung musim dengan rekod kelab itu £22 juta (RM113.21 juta) meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-21 menerusi rembatan cantik selepas menerima hantaran pemain tengah Sepanyol, Jota.

The Merseysiders, yang memungut empat mata daripada tiga perlawanan, terpaksa berhempas pulas untuk memberi tekanan mengubah kedudukan sehingga pengurus Marco Silva memperkenalkan pemain yang baru ditandatangani Moise Kean dan Alex Iwobi selepas satu jam perlawanan.

Iwobi berjaya memperolehi peluang pada minit ke 82 selepas berlaku kekalutan di dalam kotak penalti, dan rakan sepasukan yang dimasukkan sebagai pemain gantian dan seorang lagi bekas sayap Arsenal, Theo Walcott juga terlepas peluang menjaringkan gol apabila rembatan tersasar ke belakang gol selepas menerima hantaran Kean.

Villa kembali di liga utama selepas tersisih selama tiga tahun, memastikan kemenangan di hujung babak permainan apabila pemain gantian kelahiran Belanda, El Ghazi menceriakan tuan rumah.

Wesley (kiri) bersama rakan sepasukannya meraikan gol pembukaan Aston Villa. FOTO AFP
Wesley (kiri) bersama rakan sepasukannya meraikan gol pembukaan Aston Villa. FOTO AFP

Pengurus Villa, Dean Smith berpuas hati dengan keputusan itu selepas tewas di Tottenham Hotspur pada perlawanan pembukaan hujung minggu dan kekalahan di gelanggang sendiri kepada Bournemouth, minggu lalu.

“Saya lebih memberi tumpuan untuk mendapatkan mata pertama dalam Liga Perdana,” katanya. “Persembahan kami adalah OK, Tottenham cabaran pertama yang kuat dan kami beraksi bagus sekitar satu jam.

“Kami bermain baik menentang Bournemouth dan daripada penyokong ada banyak yang optimis. Mereka sentiasa berada di belakang kami.

“Everton lebih menyerlah pada aksi awal tetapi ini adalah aksi yang bagus apabila mencatat kemenangan,” tambah Smith. “Kami mempunyai sedikit nasib, mereka terlepas dua peluang terbaik dalam kotak penalti dan rembatan Theo Walcott tersasar. Tetapi saya rasakan kami berjaya memanfaatkan peluang dari serangan balas.

Silva dalam dilema selepas pasukannya gagal mencetak nama dalam senarai jaringan.

“Ia amat sukar untuk melihat bagaimana kami boleh tewas dalam perlawanan ini apabila berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ia kedudukan sukar untuk bermain bola,” kata pengendali Portugal itu.

“Perkara yang paling sukar adalah mencipta dan apabila kamu mencipta kamu harus memastikan bola menerjah jaring.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 8:43 AM