JHY Dar dan Roy King tewas di tangan beregu China.
JHY Dar dan Roy King tewas di tangan beregu China.
Ferzalfie Fauzi


KEJOHANAN Remaja Asia tahun ini jelas sekali tidak memihak kepada skuad negara apabila pulang hampa tanpa sebarang pingat selepas beregu lelaki dan campuran terkandas di suku akhir hari ini.

Tahun lalu sekurang-kurangnya dua pingat di bawa pulang iaitu melalui skuad berpasukan campuran (gangsa) dan beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei (perak).

Dalam aksi yang berlangsung di Suzhou, China beregu lelaki negara, Ooi Jhy Dar-Yap Roy King tumpas kepada pilihan utama juga wakil tuan rumah, Di Zi Jian-Wang Chang 9-21, 13-21. Roy King yang turut beraksi dalam beregu campuran bersama Gan Jing Err tunduk kepada pilihan utama dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Indah Cahya Sari Jamil 11-21, 21-19, 13-21. Dalam aksi berpasukan campuran minggu lalu skuad remaja negara gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas dua perlawanan kepada Indonesia (0-5) dan Jepun (2-3).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 6:44 PM