DE Ligt selamat tiba di lapangan terbang Turin. - FOTO Agensi
DE Ligt selamat tiba di lapangan terbang Turin. - FOTO Agensi
AFP

KAPTEN Ajax, Matthijs de Ligt tiba di Turin awal pagi tadi bagi melengkapkan perpindahan ke Juventus.

Pemain berusia 19 tahun yang mengemudi Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara akan menjalani ujian perubatan sebelum mengikat kontrak dengan Juventus dengan nilai dilaporkan 75 juta euro (RM345 juta).

"Ini dia!" Juventus mengumumkan dalam Twitter dengan video pemain Belanda itu turun daripada jet peribadi di lapangan terbang Turin.

Dalam video berasingan, pemain muda itu berkata: “Hello Bianconeri, saya Matthijs. Saya sangat gembira jejakkan kaki di sini."

De Ligt menarik minat banyak kelab gergasi Eropah selepas mempamerkan prestasi cemerlang bersama Ajax dan Belanda musim lalu.

Dia beraksi dalam 117 perlawanan bersama Ajax dalam semua kejohanan, menjaringkan 13 gol termasuk tiga ketika mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum tewas kepada Tottenham.

De Ligt menjaringkan gol kemenangan Ajax yang menyingkirkan Juvetus pada aksi suku akhir dan dia turut beraksi 17 kali bersama Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 6:51 AM