MCILROY bersama trofi Terbuka Kanada. FOTO Reuters
MCILROY bersama trofi Terbuka Kanada. FOTO Reuters
AFP

RORY McIlroy mendominasi saingan Terbuka Kanada awal pagi tadi dengan catatan sembilan di bawah par 61 untuk menjulang gelaran itu dengan kelebihan tujuh pukulan, kurang seminggu sebelum Terbuka Amerika Syarikat.

McIlroy yang melakukan sembilan birdie, satu eagle dan dua bogey untuk mengumpul 22 di bawah par 258 keseluruhan mengatasi pemain Ireland Shane Lowry dan pemain Amerika Syarikat Webb Simpson.

“Ia memang menakjubkan,” kata McIlroy, yang menjulang gelaran terbuka nasional keenam pada penampilan sulungnya di Kanada.

“Saya katakan sejak awal saya mahu lebih agresif dan bermain dengan kebebasan.

“Ini memberikan saya begitu banyak keyakinan. Ia kejohanan yang besar dan saya bangga dengan diri sendiri.

“Banyak yang saya pelajari dari sini dan saya teruja menanti minggu depan (Terbuka AS).”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 9:19 AM