Klopp tidak mahu ke Bayern. FOTO REUTERS
Klopp tidak mahu ke Bayern. FOTO REUTERS
Agensi

JURGEN Klopp menafikan berminat menjadi pengurus Bayern Munich.

Bos Liverpool itu membawa skuadnya menjuarai Liga Juara-Juara (UCL), minggu lalu selepas mengenepikan Tottenham 2-0 untuk meraih gelaran keenam dalam sejarah kelab itu.

Berikutan itu, bekas pemain legenda Bayern, Franz Beckenbauer berterus-terang mahukan Klopp mengambil alih kelab gergasi Jerman itu.

Dia berkata rakan senegaranya itu adalah seorang pengurus terbaik dunia dan hanya mahukan dia datang ke Bayern satu hari nanti.

Bagaimanapun, Klopp yang mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2022 mengatakan dia tidak akan berhijrah ke Allianz Arena dalam masa terdekat.

Klopp memberitahu akhbar Jerman BILD: “Saya suka Franz dan dia juga sukakan saya. Tetapi saya mempunyai kontrak jangka panjang di Liverpool.

“Saya lebih suka dia (Franz) berkata seperti itu daripada mengatakan dan memikirkan saya tidak boleh menjadi pengurus Bayern”.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 5:54 PM