Wright (kiri atas) kata Sarri (kanan) amal gaya permainan perlahan sebelum lorong bola kepada Hazard. FOTO REUTERS
Wright (kiri atas) kata Sarri (kanan) amal gaya permainan perlahan sebelum lorong bola kepada Hazard. FOTO REUTERS
Agensi

BOS Chelsea, Maurizio Sarri dikenali dengan permainan hantaran perlahan sebelum melorong bola kepada Eden Hazard untuk melakukan gerakan.

Itu adalah pandangan bekas penyerang Arsenal, Ian Wright yang yakin Sarri mendapat kritikan di Stamford Bridge kerana tiada siapa yang faham permainan ‘Sarriball’ digunakannya.

Chelsea mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL) menewaskan Watford 3-0, Ahad lalu.

The Blues akan beraksi di laman sendiri pada pentas Eropah, awal pagi Jumaat ini berdepan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt pada saingan separuh akhir kedua Liga Europa (UEL) selepas terikat 1-1 pada perlawanan pertama.

Wright bagaimanapun merasakan Sarri berhak mendapat pujian kerana membawa EPL semula ke barat London dengan mengatakan: “Anda tidak boleh meragui dengan apa dicapainya”.

“Pengurus Chelsea menerima kritikan, pada penghujungnya dia dikatakan seperti itu,” katanya kepada BBC Radio 5 Live’s Football Daily podcast.

“Mungkin orang tidak faham Sarriball, apakah ia dan apakah bendanya.

“Permainan lorongan bola perlahan dan mereka memberikannya kepada Eden Hazard!

“Sarriball mungkin berkesan dan menarik di Napoli.

Ia tidak menjadi di England tetapi apakah Chelsea akan terus menggunakan pendekatan itu selepas ketiadaan Eden Hazard nanti?”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 5:37 PM