Quartararo (kiri) dan Morbidelli ceria selepas sesi kelayakan GP Sepanyol. FOTO Ihsan PETRONAS Yamaha SRT.
Quartararo (kiri) dan Morbidelli ceria selepas sesi kelayakan GP Sepanyol. FOTO Ihsan PETRONAS Yamaha SRT.
Saiful Affendy Sapran


PASUKAN MotoGP negara, PETRONAS Yamaha SRT melakar sejarah apabila meraih petak satu-dua pada sesi kelayakan hari ini sekali gus bakal bermula di barisan paling depan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol esok.

Lebih membanggakan, Fabio Quartararo turut mencipta sejarah muncul pelumba paling muda pada usia 20 tahun meraih petak pertama dalam kelas perdana itu.

Manakala rakan sepasukan, Franco Morbidelli yang juga rookie terbaik musim lalu, meraih petak kedua.

Quartararo melakukan catatan 1 minit 36.880 saat (s) sementara Morbidelli hanya ketinggalan 0.082s untuk tempat kedua di Litar Jerez.

Mereka menewaskan juara dunia, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda yang sekadar berpuas hati di petak ketiga selepas mencatat 1:36.970s.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi bersama Red Bull KTM Tech 3 pula bakal bermula di petak ke-23.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 11:53 PM