Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri. FOTO AFP.
Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri. FOTO AFP.
AFP

CRISTIANO Ronaldo terpaksa melupakan aksi Juventus di Genoa selepas membantu pasukan Serie A itu melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara, kata jurulatih Massimiliano Allegri.

“Saya meninggalkan dia buat seketika, dia banyak beraksi dan perlukan waktu rehat. Dalam keadaan sekarang amat berisiko untuk membawanya bersama,” kata Allegri kepada wartawan.

“Saya tidak perlu meyakinkannya. Kami telah berbincang mengenainya semalam, saya jelaskan punca jadual perlawanan sekarang dan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara malah dia bersetuju.”

Juventus akan berhadapan Ajax bulan depan selepas Ronaldo menjaringkan gol hatrik menarik untuk mengubah defisit dua gol daripada perlawanan pertama menentang Atletico pertengahan bulan lalu kepada kemenangan menerusi agregat 3-2.

Bintang Portugal itu menaikkan kemarahan penyokong Atletico selepas meraikan kemenangan pasukannya dengan kelakukan yang kurang sopan, namun Allegri berkata dia tidak bimbang jika UEFA menggantung pemain bintangnya itu untuk perlawanan berdepan wakil Belanda itu nanti.

“Semua orang meraikannya dengan cara tersendiri pada Selasa lalu, ada 42,000 penyokong di sana dan kita mungkin menggantung mereka semua (kerana kelakukan mereka),” katanya.

“Kami tidak takut digantung, ia tidak akan berlaku.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 12:16 PM