Coutinho (kiri) berminat untuk menyertai United dibimbing Ole Gunnar. FOTO EPA/REUTERS
Coutinho (kiri) berminat untuk menyertai United dibimbing Ole Gunnar. FOTO EPA/REUTERS
DM/EJ

PEMAIN Barcelona, Philippe Coutinho memberi bayangan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai Manchester United yang juga musuh ketat Liverpool.

Bintang Barcelona itu meninggalkan Anfield dengan nilai £142 juta (RM755j) pada Januari 2018 tetapi bergelut untuk mendapatkan keserasian di Nou Camp.

Coutinho mendapat ejekan ketika Barcelona beraksi di tempat sendiri menewaskan Rayo Vallecano 3-1, semalam.

Lionel Messi dan Luis Suarez berterusan merobek gawang lawan ketika skuad Ernesto Valverde bangkit dari ketinggalan tetapi Coutinho dikeluarkan ketika permainan berbaki 10 minit.

Penggantinya, Ivan Rakitic memberi bantuan kepada Suarez selepas masuk mengambil alih tugasan bekas pemain Liverpool itu.

Keadaan menunjukkan pemain antarabangsa Brazil itu seperti sudah tidak tahan lagi apabila memberitahu rakan sepasukan dia mahu meninggalkan skuad Catalan itu.

Malah, dia ada bercakap dengan pemain Manchester United untuk beralih angin ke Old Trafford, menurut akhbar ke Mirror.

Coutinho dikatakan ‘merindui’ EPL tetapi pemain skuad Jurgen Klopp tidak mahukannya lagi.

Bekas pemain Liverpool itu juga dikatakan tidak mahu berlatih bersama pasukan Anfield itu menjelang penghijrahan ke Barcelona.

United kini dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaer dikhabarkan bukan satu-satunya kelab mahu mendapatkan bintang Barcelona itu malah kelab Perancis, PSG turut menyuarakan keinginan untuk membawa Coutinho ke Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 6:59 PM