DANI ketika menghadiri wawancara eksklusif. FOTO AFP
DANI ketika menghadiri wawancara eksklusif. FOTO AFP
AFP

DANI Alves secara berseloroh berkata Paris Saint-Germain masih ‘mentah’ dalam Liga Juara-Juara, namun kehadiran pemain Brazil berpengalaman sepertinya membantu pasukan menjadi pesaing lebih hebat untuk trofi hebat berkenaan.

Sepanjang karier gemilangnya, Alves menjuarai Liga Juara-Juara tiga kali bersama Barcelona dan mara ke satu lagi final bersama Juventus.

Dia kini pemain veteran, dan dengan ulang tahun ke-36 bakal tiba beberapa minggu sebelum final musim ini, menyedari bagaimana dia dan penjaga gol Gianluigi Buffon, kini 41, mampu memperkasakan skuad PSG yang turut mempertaruhkan bintang seperti Neymar dan Kylian Mbappe.

“Kita tahu bagaimana untuk menang dan bagaimana untuk kalah. Apa yang kami cuba sampaikan kepada yang lain adalah sama ada kami bersama-sama menuju ke arah yang sama atau biar saja kami ditewaskan,” kata Alves dalam wawancara ekslusif.

Dia bercakap di pusat latihan kelab itu di kawasan Saint-Germain-en-Laye, 48 jam sebelum perlawanan kedua 16 pasukan terakhir menentang Manchester United di laman sendiri.

Suasana tampak tenang dengan keyakinan tinggi di Paris di mana skuad Thomas Tuchel akan memanfaatkan kelebihan 2-0 dalam perlawanan pertama bulan lalu, yang dicapai biarpun tanpa Neymar dan Edinson Cavani, kedua-duanya mengalami kecederaan.

“Ia bukan satu kejohanan yang bergantung kepada seorang pemain yang menikmati hari cemerlang,” katanya.

“Apabila anda mempunyai pemain berpengalaman, anda tidak akan gugup bila bermain di laman lawan atau ketika berdepan tekanan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 10:44 AM