Neymar dilihat bersama Rafaela pada Karnival Bahian. FOTO Instagram Rafaela Porto/Backgrid
Neymar dilihat bersama Rafaela pada Karnival Bahian. FOTO Instagram Rafaela Porto/Backgrid
DM/EJ

NEYMAR melupakan seketika rawatan pemulihan untuk berparti bersama penyanyi remaja Brazil, Rafaela Porto.

Pemain superstar Paris Saint-Germain (PSG) itu menyertai parti Bahian Carnival di Bahia, Brazil selepas melakukan pelbagai senaman gimnasium termasuk berbasikal dalam usaha mengembalikan semula tahap kecergasan.

Dianggap sebagai karnival terbesar di dunia, Neymar turut disertai kawan baiknya iaitu peluncur profesional, Gabriel Medina.

Mengenakan topi hitam dan vest putih yang tertera 'Viva O Inexplicavel' (Live The Inexplicable), Neymar kelihatan begitu seronok dan bebas ketika melihat ribuan pengunjung lain berada di bawah ketika berada pada karnival berkenaan.

Neymar dan bekas teman wanitanya Bruna Marquezine sebelum ini kerap dilihat berada di Salvador tetapi penyerang PSG terbabit dilihat lebih banyak berbual dengan Rafaela di karnival itu.

Beberapa minggu lalu, Rafaela meluangkan masa bersama Neymar sewaktu dia menghadiri majlis hari jadi ke-27 pemain terbabit di Paris.

Populariti Rafaela baru berusia 19 melonjak selepas menyertai The Voice Brazil.

PSG akan berdepan Manchester United pada perlawanan timbal balik kedua saingan 16 terakhir pada Liga Juara-Juara (UCL) pada 6 Mac dengan bos Thomas Tuchel mahu melihat pemain bintangnya itu kembali beraksi semula di ibu kota Perancis.

Neymar sekadar menjadi penonton sejak mengalami patah tulang metatarsal pada kaki kanan sewaktu perlawanan Piala Perancis menentang Strasbourg Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 9:27 PM