OLE GUNNAR SOLSKJAER
OLE GUNNAR SOLSKJAER
AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer menegaskan beliau akan diadili menerusi gaya permainan, berbanding trofi dimenangi jika ditawarkan kontrak sepenuh masa sebagai pengurus Manchester United.

Solskjaer, yang dilantik sebagai pemangku tugas itu bulan lalu menggantikan Jose Mourinho yang dipecat menyatakan dengan jelas beliau gembira jika kekal di Old Trafford melebihi musim ini, apabila tugasnya secara sementara tamat.

Bekas penyerang United itu dipinjam dari kelab Norway, Molde, masih belum berbincang dengan naib pengerusi eksekutif, Ed Woodward mengenai perkara itu.

Bagaimanapun dia merasakan kunci untuk mencipta kejayaan ialah kembali kepada bola sepak menarik dan menyerang yang sudah dilakukan kelab sepanjang 27 tahun Alex Ferguson menguruskan pasukan.

Ferguson menang 38 trofi sebelum bersara pada 2013, tetapi United juga dikenali dengan bola sepak positif dengan penyokong merasakan ia sudah hilang pada tahun terakhir Mourinho berkuasa.

Solskjaer, ketika ditanya apa yang boleh menyumbang kepada kejayaan dan memperbaiki peluangnya untuk diberikan tugas secara kekal, berkata: “Jika melangkah saja ke musim panas, orang akan bercakap mengenai gaya permainan Manchester United. 

“Gaya kami bermain, ia mengingatkan kami mengenai Sir Alex, ia mengingatkan kami ketika kami berjaya.”

Solskjaer berkata, beliau mahu memenangi trofi musim ini tetapi menegaskan, ketika ini gaya permainan adalah lebih penting.

“Ia perlu bermula dengan gaya permainan kami, kerana keputusan anda tidak boleh kawal,” katanya. 

“Anda boleh mengawal pendekatan anda dan bagaimana anda bermain.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 8:08 AM